Background Image
Previous Page  28 / 28
Information
Show Menu
Previous Page 28 / 28
Page Background

I

B i l 5

I

J u n e 2 0 1 6

2 8

BUKU TERBITAN BAHARU

Penulis:

Nur Farhah Zainan Nazri, Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri, Adnan Mohamed Yusoff,

Najm Abdul Rahman Khalaf, Asma Abdul Rahman

ISBN:

978-967-440-283-9

Terbitan:

2016

Jum. Halaman:

88 m/s

This book is a part of the list of the total of 27 references to date palm contained in the 114 chapters

of the Qur’an and their interpretations. It begins with Quranic descriptions of the nucleus of dates

(al-fatil, al-naqir and al-qitmir). It is followed by Quranic descriptions of the date palm spadix

(al-tal’), the date palm trunk (al-judhu’ and al-a’jaz) and ends up with the date palm (al-nakhil,

al-nakhl and nakhla also shajarah tayyibah, kull hin and min linah). The prevalent use of dates in

the present day especially among Muslims is the outcome of a long citation of date palm in the

Quran that needs to be understood to a certain extent if we are to make sense of the role of Islam

in preserving health. We will have a bird’s-eye overview of the most fundamental knowledge of the

Quranic accounts of the date palm.

RM 38.00

Penulis:

HermanAbdullah

ISBN:

978-967-440-272-3

Terbitan:

2016

Jum. Halaman:

320 m/s

Fotojurnal ini memaparkan bukti-bukti empirikal tentang kewujudan bangsa Melayu di Benua Melayu

yang pernah meneroka benua tanpa mengenal erti sempadan daratan mahupun lautan. Umpama

terowong masa, ada ketika, dengan sabar dan tabah, konvoi pasukan Jejak Warisan Jawi

bersama-sama penulis membawa para pembaca kembali ke zaman silam; menjejaki realiti kisah

percintaan, peperangan, keberanian, kesetiakawanan, kezuhudan, kedayatahanan yang disulam

pula dengan penemuan bukti-bukti tentang keindahan peradaban dan ketamadunan tinggi sebuah

bangsa yang 1437 tahun dahulu secara bijaksana telah behijrahmenjadikan Islam sebagai pegangan

dan pedoman untuk mengharungi pahit manis kehidupan; pusaka ilmu paling berharga yang

ditinggalkan untuk anak cucu hari ini. Fotojurnal ini adalah sebuah refleksi yang sangat bermanfaat

lagi berguna untuk seluruh umat Melayu di AlamMelayu yang masih tercari-cari seluas mana wilayah

Benua Melayu itu? Sebuah karya yang secara tegas memadamkan fantasi sejarah yang sempit,

sempadan yang menyekat dan membelengu minda Melayu selama ini. Sesungguhnya, naskhah ini

seharusnya diwarisi oleh generasi kini dan akan datang, sebagai azimat penguat jatidiri,

mudah-mudahan warisan itu kelak tidak hilang daripada genggaman.

“Jika pada sekeping lukisan terkandung padanya seribu perkataan, maka pada setiap kiasan terwakil

padanya seribu makna yang tersirat.”

(HermanAbdullah)

RM 85.00

Penulis:

Haslinda Ramli, WanAbdul Fattah Wan Ismail, Nadia Halib, Wan Mohamad Nasir Wan Othman

ISBN:

978-967-440-274-7

Terbitan:

2016

Jum. Halaman:

103 m/s

Amalan bersiwak merupakan salah satu sunah Rasulullah SAW dalam menjaga kebersihan diri. Amalan

ini telah diteruskan sejak zaman tabiin sehinggalah pada masa kini, kerana manfaatnya bukan sahaja

berpandukan kepada nas-nas syarak bahkan diakui oleh pakar kesihatan pergigian. Kayu siwak

mengandungi pelbagai bahan kimia yang selamat digunakan untuk kebaikan gigi seperti bahan antiplak,

vitamin C, sulfida dan lain-lain.

Buku ini berkongsi rahsia sunah Rasulullah SAW dalam amalan bersiwak berdasarkan pembuktian

saintifik tentang kelebihan bersiwak serta memberikan kaedah bersiwak selari dengan pembangunan

pengetahuan pergigian. Cara bersugi menggunakan kayu siwak juga dipersembahkan dalam Video CD

agar pembaca dapat mengaplikasikan amalan tersebut dengan berkesan bagi memelihara kesihatan

pergigian.

RM 36.00