Background Image
Previous Page  5 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 5 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

5

kumpulan sumber manusia yang

mempunyai pengetahuan khusus

dan berkemahiran dalam bidang

penyalahgunaan dadah ini merupakan

hasil

keputusan

Jawatankuasa

Kabinet yang diusulkan oleh Menteri

Pengajian Tinggi pada tahun 2004

agar terdapat sebuah program

pengajian yang khusus dalam bidang

penyalahgunaan dadah dan usul ini

bertepatan dengan kehendak kerajaan

yang ketika itu begitu memerlukan

special task force

yang mempunyai

kepakaran dalam rawatan dan

pemulihan penyalahgunaan dadah di

Malaysia.

Setelah diluluskan oleh pihak

kerajaan, hanya USIM dan Universiti

Malaysia Sabah (UMS) telah bersedia

dan

sanggup

mengendalikan

program tersebut. Kini setelah enam

tahun ACREDA beroperasi, program

tersebut masih berjalan dan terus

berkembang dengan adanya Program

Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan

Dadah).

2. Kita juga mengambil maklum

bidang fokus ACREDA adalah

sebagai pusat rujukan dalam

usaha-usaha yang berstrategik

untuk

mengurangkan

bahkan

menghapuskan

masalah

penyalahgunaan dadah yang ada

dalam masyarakat. Sehubungan

itu, apakah pencapaian-pencapaian

utama

sepanjang

penubuhan

ACREDA ?

Secara peribadi, saya merasakan

terlalu banyak pencapaian serta

pengalaman berharga yang diperoleh

sepanjang saya menjadi ahli keluarga

ACREDA, antaranya sudah tentulah

pengalaman dan pengetahuan dalam

bidang penyalahgunaan dadah yang

semakin bertambah dan lebih meluas

yang kini banyak membantu saya

menjalankan tugas sebagai pengarah

di ACREDA. Memandangkan bidang

ini lebih terfokus kearah pencegahan

dan rawatan dadah, maka secara

automatik, saya juga menjadi lebih

fokus skop tugas saya di sini.

Dari segi pencapaian ACREDA,

pencapaian utama adalah apabila

ACREDA itu sendiri semakin dikenali

oleh pihak-pihak luar. Melalui

jaringan hubungan yang terbina

antara organisasi dan tokoh-tokoh

terkenal yang terdiri daripada pihak

kerajaan dan pelbagai pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) seperti Agensi

Antidadah Kebangsaan (AADK),

Jabatan Penjara Malaysia, Persatuan

Pengasih Malaysia, Persatuan Bekas-

bekas Penagih Dadah (PENDAMAI)

secara

tidak

langsung

dapat

membantu membina reputasi dan

kredibiliti serta menaikkan populariti

ACREDA agar lebih dikenali sebagai

sebuah

pusat

kecemerlangan

penyelidikan dalam penyalahgunaan

dadah di Malaysia.

Menerusi penganjuran beberapa

siri seminar dan konvensyen

kebangsaan dan antarabangsa seperti

Seminar Antarabangsa Pencegahan

Penyalahgunaan Dadah (PREVENT)

dan Empowering Youth for Drug-

Free Community (EYDFC) yang saban

tahun mendapat perhatian umum,