Background Image
Previous Page  7 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 7 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

7

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

(FKP) dan pelajar Program Fleksi

SPADA 2014/2016 bagi memberi

pendedahan dan dapatan maklumat

berkenaan model/modul rawatan dan

pemulihan penagihan dadah yang

digunakan di pusat-pusat pemulihan

dadah di Perth, Australia. Program ini

juga meluaskan jaringan kerjasama

antarabangsa di antara universiti dan

pihak luar.

ACREDA juga telah mengadakan

Program Kampus Bebas Dadah

USIM-KPJUC pada 27 April 2016.

Bersempena dengan Hari Anti

dadah

Peringkat

Kebangsaan,

pihak ACREDA telah menganjurkan

program ini bertempat di KPJ

Healthcare University College, Nilai.

Antara pengisian program ialah

bengkel pendidikan dan pencegahan

penyalahgunaan

dadah,

forum

kampus bebas dadah, pameran dari

pihak Agensi Antidadah Kebangsaan

dan pertunjukan khas oleh Unit Anjing

Pengesan (K9) PDRM.

Program yang masih belum dijalankan

dan dijadualkan pada tahun ini adalah

Seminar Antarabangsa PREVENT

2016. Seminar ini diadakan untuk

memperkasa kaedah pencegahan

dan rawatan pemulihan yang sedang

diamalkan di pusat-pusat khidmat

nasihat dan rawatan penyalahgunaan

dadah di seluruh Malaysia. Seminar

ini juga merupakan satu platform

perkongsian maklumat, pengalaman

pencegahan penyalahgunaan serta

kaedah pemulihan dadah untuk

mencapai hasrat negara bebas

daripada dadah menjelang tahun

2016.

4. Pada pendapat Dr, bagaimana

perkembangan

penyalahgunaan

dadah di Malaysia dan apakah

sumbangan langsung ACREDA

dalam menangani masalah ini?

Penyalahgunaan dadah di Malaysia

masih dapat dikawal dan peranan

semua dalam menangani perkara ini

sangat diperlukan. Di ACREDA sendiri

telah ada modul dan program tertentu

dalam menangani permasalahan ini.

Setakat ini telah ada empat modul

yang dibangunkan.

Integrated Addiction Counseling

Training Module (Revised) INTACT-M

(R) yang dijalankan dalam tiga

peringkat iaitu, Foundation, Basic

Skills dan juga Advance Skillls. Modul

ini bertujuan untuk meningkatkan

kecekapan kaunseling kepada penagih

serta meningkatkan efikasi kendiri

dalam menjalankan sesi kaunseling

kepada pesakit yang ketagihan.

Merupakan satu modul latihan untuk

kaunselor menolong dengan berkesan

dengan cara memberi inspirasi

dan motivasi kepada pesakit yang

ketagihan untuk berubah. Komponen

bersepadu dalam modul ini seperti

kerohanian dan keagamaan juga

disampaikan bersama-sama dengan

komponen pembangunan profesional.