SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia x turut membenarkan pemprosesan maklumat dan data dilakukan agar pengukuran kepekatan pelbagai analit secara serentak dan pemanjangan julat dinamik dapat dilakukan. Syarahan ini akan membincangkan dapatan penyelidikan penyelidik dalam bentuk beberapa produk sensor kimia optik yang telah dibangunkan untuk tempoh penyelidikan selama lebih tiga dekad. Antara produk sensor kimia optik yang menarik yang telah dibangunkan adalah sensor kimia untuk pengesanan analit seperti kapsaisin (kepedasan), fenol, formaldehid (pengawet makanan laut), hidrokuinon (pemutih kulit), ion Al(III), akrilamida (karsinogen dalam makanan gorengan), ion ammonium, rodamin (pewarna belacan) dan glutamat (perisa makanan). Kata kunci: sensor kimia, optik, analisis kimia, analit, cahaya

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=