SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
PENGENALAN APA ITU SENSOR KIMIA? S ensor kimia adalah cabang penyelidikan yang menarik minat ramai para penyelidik kerana penggunaannya yang meluas dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang seperti perubatan, kawalan proses industri, kejuruteraan, analisis kimia dan pemantauan alam sekitar, antara bidang yang memerlukan sensor kimia untuk menjalankan operasinya. Mengikut Cambridge, sensor kimia didefinisikan sebagai (McDonagh et al. 2008): “Peranti kecil yang mampu menyampaikan maklumat secara langsung dalam masa sebenar mengenai kehadiran sebatian atau ion tertentu dalam sampel yang kompleks.” Menurut IUPAC (1991) pula, sensor kimia didefinisikan sebagai: “Suatu peralatan yang dapat menukarkan maklumat kimia (kepekatan komponen sampel secara spesifik) kepada isyarat analisis yang berguna.” Beberapa penyelidik lain sebelum ini turut memberikan penjelasan mengenai sensor kimia. Antaranya Nylander (1985) yang telah mentafsirkan sensor kimia sebagai alat yang boleh menukarkan isyarat kimia atau fizikal kepada isyarat elektrik atau optik. Wolfbeis (1990) pula mentakrifkan sensor kimia sebagai peralatan yang bersaiz kecil yang terdiri daripada elemen pengenalan, elemen transduser dan satu pemproses isyarat yang berupaya untuk melaporkan kepekatan sebatian kimia secara berbalik dan berterusan. 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=