SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 14 Menurut Thevenot et al. (1999) pula, sensor kimia ialah peranti yang menukarkan maklumat kimia bermula daripada kepekatan suatu komponen sampel tertentu kepada jumlah analisis komposisi kepada isyarat yang berguna untuk analisis.Di samping itu,menurut pandangan Patel (2002), sensor kimia ialah peranti atau sistem yang memberi respons kepada kuantiti kimia atau fizikal untuk menghasilkan suatu output yang merupakan pengukuran bagi kuantiti tersebut. Secara umum, sensor kimia satu peranti yang berupaya menukarkan isyarat kimia kepada bentuk isyarat yang lain, selektif dan dapat menentukan komposisi sesuatu bahan kimia secara kualitatif atau kuantitatif. Biosensor pula merupakan peralatan analisis yang menggunakan komponen biologi sebagai pengesan analit (Xu et al. 2006). Menurut Junhul et al. (1997), biosensor merupakan suatu alat analisis yang menggabungkan secara tepat pengesanan elemen biologi dengan sebuah transduser untuk menghasilkan isyarat yang berkadaran kepada kepekatan analit sasaran yang akan dikesan. Sedangkan menurut IUPAC (1999), biosensor adalah peralatan yang boleh memberikan maklumat mengenai analit secara kuantitatif dan semi kuantitatif yang menggunakan ejen biologi yang berhubung langsung kepada elemen transduser. Berdasarkan pengertian tersebut, sensor kimia atau biosensor mempunyai prinsip pengukuran yang sama. Perbezaan keduanya adalah disebabkan sensor kimia menggunakan reagen kimia untuk pengesanan analit, manakala biosensor mengaplikasikan bahan biologi untuk pengesanan analit. Tindak balas secara selektif reagen kimia atau bahan biologi dengan analit tertentu di dalam sampel berupaya merakam perubahan hasil tindak balas itu sesuai dengan perubahan kepekatan analit sama ada dalam bentuk isyarat elektrik, optik dan sebagainya (Canh 1993). SEJARAH SENSOR KIMIA Sensor kimia telah dilaporkan pertama kali pada tahun 1920-an (Galan-Vidal et al. 1995). Pada awal penerokaan penyelidikan sensor kimia, kaedah yang digunakan untuk menganalisis spesies kimia ialah dengan mencerap tindak balas yang berlaku dan sampel dicampurkan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=