SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

15 Pengenalan dalam larutan. Walau bagaimanapun, banyak kelemahan ditemui dengan kaedah lama tersebut. Sehingga kini, teknik sensor kimia telah dipertingkatkan untuk mengatasi masalah teknik lama yang kurang cekap. Pembaikan dilakukan dengan memegunkan reagen kimia pada transduser dan pemerhatian tindak balas boleh dicerap pada permukaan elektrod. Penyelidikan sensor kimia menggunakan bahan biologi enzim sebagai reagen atau disebut biosensor telah diperkenalkan buat pertama kali oleh Clark dan Lyons (1962), dengan membina elektrod enzim setelah mengabungkan enzim oksidase glukos dan elektrod amperometrik oksigen bagi mengesan kehadiran analit glukosa. Kemudian, Rechnitz et al. (1977) telah memegunkan mikroorganisma di atas permukaan elektrod pengesan gas ammonia untuk mengesan asid amino arginina. Sehingga kini, penyelidikan sensor kimia masih terus aktif dijalankan dan turut melibatkan perkembangan teknologi terkini seperti bidang elektronik, bioteknologi, teknologi nano, bahan termaju dan fizik. Penggunaan bahan termaju seperti cip mikro, partikel- nano, biobahan dalam pembinaan sensor kimia telah memberikan sumbangan yang penting seperti peningkatan kepekaan dan kepilihan, penggunaan bahan dalam kuantiti nano, ringkas dan mudah.Gabungan teknologi kecerdasan buatan ( artificial intelligence , AI) seperti jaringan neural tiruan ( artificial neural network , ANN) dengan sensor kimia turut membenarkan pemprosesan maklumat dan data dilakukan agar pengukuran kepekatan pelbagai analit secara serentak dapat dilakukan. Ni et al. (2000) melaporkan pengesanan secara serentak asetaminofen dan fenobarbital dalam penyediaan bahan farmaseutikal dengan menggunakan ANN. ANN turut dilaporkan berupaya memanjangkan julat dinamik kepekatan analit yang dikaji (Faiz & Musa 2006). KEPENTINGAN SENSOR KIMIA Perkembangan pesat terhadap teknologi analisis instrumentasi serta sistem pengkomputeran yang semakin canggih telah membawa kepada pembaharuan dalam teknik analisis kimia secara in-situ (Patra & Mishra 2006). Kebiasaannya, analisis lazim melibatkan kaedah seperti gravimetri, spektrometri, kromatografi dan elektroanalisis selepas melalui kaedah penyediaan sampel seperti pemendakan, pemisahan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=