SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 16 atau ekstraksi yang banyak pelarut digunakan dan memerlukan masa penyediaan yang panjang. Analisis kimia secara in-situ membawa kebaikan seperti mengurangkan pencemaran pada peringkat penyediaan sampel. Maka, penyelidikan berasaskan sensor kimia semakin mendapat perhatian dan berkembang dengan pesat. Sensor kimia boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti pemprosesan makanan (Noguer & Marty 2006), perubatan (Gáspár et al. 2006) dan pemantauan alam sekitar (Freire et al. 2001). Kaedah sensor kimia merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah konvensional seperti kaedah spektrofotometri, kaedah kromatografi, titratan dan lain-lain kerana peranti ini mempunyai beberapa kriteria yang mungkin tidak terdapat dalam kaedah konvensional yang disebutkan di atas, seperti berupaya menghasilkan pengukuran kualitatif dan kuantitatif pelbagai spesies kimia secara in-situ dengan pantas dan selektif (Faiz 2002). Sensor kimia mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah konvensional kerana ia dapat memberikan keputusan dalam masa singkat, murah, mudah alih, saiz sensor yang lebih kecil dan senang dioperasi tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Secara ideal, alat ini berupaya menentukan spesies kimia yang dikehendaki dalam sampel secara selektif pada masa sebenar, berupaya beroperasi secara berterusan dan berbalik dalam matriks sampel tersebut tanpa memerlukan olahan sampel yang berlebihan (Nasir 2005).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=