SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 18 boleh terdiri daripada analit kimia seperti ion logam, pH, anion dan sebagainya; atau analit biologi seperti substrat enzim, DNA komplementari dan antigen. Transduser berfungsi untuk menukarkan isyarat kimia atau biokimia yang terhasil daripada tindak balas analit dan reseptor kepada bentuk elektronik. Isyarat yang terhasil adalah berkadar langsung atau songsang kepada kepekatan analit. Contoh transduser yang sering digunakan dalam kajian sensor kimia adalah seperti kaedah elektrokimia (amperometri, potensiometri atau konduktometri) atau optik (UV-nampak, pendarfluor atau pantulan) yang diperlukan untuk menukarkan rangsangan kimia atau biokimia kepada isyarat elektrik atau optik dan dikesan dengan menggunakan sistem elektronik tertentu. Transduser optik sering digunakan untuk pembangunan sensor kimia ( Jeronimo et al. 2007) manakala transduser elektrokimia sering digunakan untuk pembangunan biosensor (Sarma et al. 2009). Transduser optik menggunakan pelbagai prinsip seperti pancaran pendarfluor atau pendarfosfor, serapan cahaya ultralembayung dan nampak, pantulan, indeks pantulan dan pendarcahaya kimia atau biologi (Mello & Kubota 2002). SENSOR KIMIA OPTIK Kaedah pengesanan secara optik adalah kaedah yang banyak digunakan dalam penentuan sebatian kimia sejak dari dahulu lagi. Pada tahun 1855, Michael Faraday telah menggunakan kaedah ini untuk melihat tahap pencemaran Sungai Thames dengan menggunakan kepingan kad berwarna putih yang telah dibasahkan (Wright 1995). Ini adalah contoh yang mudah untuk mengaplikasikan konsep optik dalam kajian saintifik. Kaedah optik telah memberikan impak yang sangat besar kepada teknologi sensor kimia pada masa kini dan ia berlaku dalam masa yang sangat pantas. Menurut Wolfbeis (2002), kaedah optik mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah lain kerana ia melibatkan penggunaan sumber cahaya yang murah dan mudah diperoleh. Rajah 2.2 menunjukkan prinsip asas sensor kimia optik. Sensor kimia optik adalah berdasarkan kepada pengukuran cahaya yang diserap atau dipancarkan sebagai hasil tindak balas antara reagen pegun dengan analit. Dalam sensor optik, cahaya akan dipandu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=