SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

19 Prinsip Asas Sensor Kimia Optik menggunakan gentian optik kepada alat pengesan foto (Kuswandi et al. 2001). Pengesan akan mengesan keamatan serapan atau pantulan pada panjang gelombang tertentu. Apabila cahaya daripada sumber cahaya berinteraksi dengan sistem transduser optik yang digunakan, pelbagai interaksi mungkin berlaku antara foton daripada radiasi elektromagnet dengan molekul tindak balas (Yang et al. 2002). Ini melibatkan perubahan tenaga dan membawa kepada fenomena seperti serapan, pantulan, serakan, transmisi dan pancaran cahaya. Pengesan foto yang unggul harus mempunyai ciri seperti kepekaan yang tinggi, nisbah isyarat-kepada-hingar yang tinggi dan rangsangan yang malar dan cepat terhadap julat panjang gelombang tertentu (Kuswandi et al. 2001). Kaedah transduksi optik mengukur radiasi elektromagnetik yang diserap atau dipancarkan oleh produk yang terhasil daripada tindak balas reagen atau bahan aktif biologi dengan analit atau reaktan. Radiasi ini boleh diukur sebagai pendarfluor, serapan dan pantulan cahaya (Luong et al. 2008; Narayanaswamy 2006) yang berkadaran dengan kepekatan analit di dalam sampel (Safavi & Banazade 2007). Rajah 2.2 Konsep asas spektrometer gentian-optik Gentian optik berdwicabang Prob Sumber cahaya Pengesan Reseptor

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=