SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
21 Prinsip Asas Sensor Kimia Optik f. Isyarat optik berpotensi memberi banyak maklumat berbanding dengan transduser elektrik. Namun begitu, sensor kimia optik turut mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan sensor kimia sensor optik ini ialah: a. Memerlukan reagen yang sesuai dan spesifik. b. Kesan gangguan daripada cahaya ambien. Namun, masalah ini dapat dikurangkan secara signifikan dengan melakukan pengukuran pada persekitaran yang gelap atau isyarat optik perlu dimodulasikan. c. Mempunyai julat dinamik yang terhad berbanding dengan sensor elektronik. d. Masa rangsangan panjang kerana masa perpindahan jisim analit kepada fasa reagen. e. Kebolehulangan dan kebolehasilan yang rendah. f. Masalah kelunturan reagen daripada bahan matrik dan sering juga reagen yang digunakan tidak stabil foto. g. Memerlukan reagen penunjuk yang selektif dan prosedur pemegunan yang baik untuk mendapat kepekaan yang tinggi dan kestabilan yang baik. JARINGAN NEURAL TIRUAN ( JNT) SEBAGAI PEMPROSESAN DATA SENSOR KIMIA OPTIK Prestasi sensor kimia optik boleh dipertingkatkan lagi dengan menggunakan teknik pemprosesan isyarat seperti jaringan neural tiruan ( JNT).JNTmerupakansistempengkomputeranyangmengadaptasikan otak manusia. JNT juga dikenali sebagai sistem kecerdasan semula jadi dan perkomputeran neuron. JNT melakukan tugas kompleks seperti yang dijalankan oleh otak manusia, iaitu keupayaan untuk meniru dan membina maklumat daripada perkara yang dipelajari (Bas & Boyaci 2007). Pemproses isyarat ini mengandungi jaringan neural tiruan yang terbina hasil daripada nombor-nombor yang mudah dihubungkan dengan elemen pemprosesan berupa jaringan selari yang padat berhubung kait antara satu sama lain (Nasir & Narayanaswamy 2003). Struktur JNT mengaplikasikan fungsi neuron biologi sebenar dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada lapisan input, lapisan terlindung dan lapisan output (Rajah 2.3). Lapisan input adalah lapisan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=