SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

23 Prinsip Asas Sensor Kimia Optik Dalam keadaan instrumen menghasilkan rangsangan yang tidak linear dan beroperasi dalam keadaan kawasan linear yang pendek (Rouvray 1993), JNT memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan julat dinamik dan menghasilkan pengukuran yang stabil (Taib et al. 1996). Secara umum, mekanisma latihan JNT diaturkan supaya proses belajar dilaksanakan melalui pengalaman dengan melibatkan tiga langkah. Langkah pertama, data mentah akan dikumpulkan dahulu sebelum latihan dijalankan, kemudian setiap neuron input dan output dihubungkaitkan melalui satu jaringan dalam lapisan terlindung dan akhirnya, JNT akan menjalani satu set latihan algoritma yang teratur dengan baik (Vracko et al. 1996). Setelah proses latihan selesai, parameter JNT yang telah mantap akan menghasilkan nilai kepekatan jangkaan yang tepat. Selain daripada kebisingan yang rendah, kebolehan JNT untuk mereka bentuk dan memboleh atur sistem tidak linear yang kompleks kepada keputusan yang persis adalah baik (Billings et al. 1991). Disebabkan kelebihan tersebut, JNT telah banyak digunakan dalam penyelidikan analisis kimia seperti pencaman corak spektrum seperti dalam spektroskopi inframerah dan jisim, kalibrasi instrumen, pencaman corak serta kawalan proses kimia (Zupan &Gasteiger 1993). JNT yang biasa digunakan untuk penyelidikan kimia ialah JNT yang mengaplikasikan algoritma perambatan balik (Zupan & Gasteiger 1993).Dalam penyelidikan sensor kimia optik, sistem JNT ringkas yang mengandungi tiga lapisan suapan hadapan digunakan. Dalam sistem ini, semua neuron dihubungkaitkan dan ia mampu belajar daripada pengalaman sehingga dapat meramal keputusan yang dikehendaki. Dalam bidang kimia analisis, JNT telah digunakan dalam pelbagai bidang umpamanya spektroskopi termasuk pencaman corak spektrum UL-Nampak, spektrum resonan magnet nuklear (NMR), spektrum jisim dan inframerah (IR) atas kelebihannya untuk mengingati, pencaman corak, penentuan data, pengelasan, pemprosesan isyarat, kerja kalibrasi dan proses kawalan (Cirovic 1997). Sementara dalam teknologi sensor kimia gentian optik (OFCS), JNT digunakan dalam pemprosesan isyarat, penurunan dan pengoptimunan data, penterjemahan dan peramalan spektrum dan kalibrasi (Faiz et al. 2003b).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=