SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
KAEDAH PEMEGUNAN D alam penghasilan sensor kimia optik, reagen biasanya dipegunkan ke atas sesuatu matriks. Nor Azah dan Musa (2002) menyatakan bahawa proses pemegunan merupakan suatu proses pemenjaraan atau pemegangan reagen oleh penyokong pepejal, namun masih membenarkan pertukaran secara fasa pukal dengan analit untuk berlaku. Pemegunan reagen kimia merupakan langkah kritikal dan cabaran paling utama dalam pembangunan sensor kerana proses pemegunan seringkali menyebabkan larut lesap reagen ke media persekitarannya berlaku dan adakalanya kehilangan tapak aktif pada reagen kimia yang sepatutnya mengambil bahagian dalam tindak balas. Pada masa lampau, reagen terpegun digunakan secara meluas dalam proses prapemekatan untuk pengesanan analit. Dengan perkembangan dalam bidang sensor kimia menggunakan gentian optik, reagen terpegun bertindak sebagai fasa reagen dalam sensor tersebut. Prestasi sensor kimia optik sangat dipengaruhi oleh kaedah pemegunan. Oleh itu, pelbagai ikhtiar telah dilaksanakan untuk membangunkan kaedah pemegunan yang berkesan yang dapat menghasilkan sensor kimia yang mempunyai kepekaan dan kestabilan yang tinggi. Ikatan di antara reagen dengan penyokong biasanya melibatkan ikatan kimia, penjerapan, pemerangkapan secara fizikal atau tarikan elektrostatik (Andres & Sevilla 1991). Antara kaedah pemegunan yang lazim digunakan dalam pembangunan sensor kimia optik adalah jerapan, ikatan kovalen, pemerangkapan dan taut silang (Andreescu & Marty 2006; Arya et al. 2008; Choi 2004). Rajah 3.1 menunjukkan gambar rajah skema bagi lima jenis kaedah pemegunan yang lazim digunakan dalam pembangunan sensor kimia optik. 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=