SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
25 Kaedah Pemegunan Rajah 3.1 Gambar rajah skema bagi lima jenis kaedah pemegunan reagen (R) yang lazim digunakan dalam pembangunan sensor kimia optik (Sumber: Chen & Xu 2006) Matrik yang biasa digunakan untuk proses pemegunan mestilah lengai dan stabil seperti kaca, selulos, gel silika dan sebagainya agar tiada tindak balas sampingan yangmungkinmengganggu bacaan sensor optik (Nasir 2005). Penggunaan reagen eriokrom sianin R (ECR) terpegun pada XAD-2 sebagai fasa reagen dalam pembangunan optosensor jenis sel alir (Musa & Narayanaswamy 1995) dan sensor jenis prob (Musa & Narayanaswamy 1994) telah dilaporkan. Bagi resin pertukaran kation, Dowex 50x8 telah digunakan untuk memegunkan ferik(III) nitrat dalam pembinaan sensor gentian optik untuk penentuan asid salisilik (Loh et al. 2005). Antara kelebihan dan kelemahan setiap kaedah pemegunan yang digunakan adalah seperti ringkasan dalam Jadual 3.1.Dalam sesetengah keadaan, pemegunan reagen kimia akan melibatkan beberapa kaedah pemegunan terutamanya jika melibatkan enzim; sebagai contoh, enzim boleh diprapegunkan secara jerapan atau ikatan kovalen sebelum dipegunkan secara pemerangkapan dalam polimer yang poros. Penjerapan Ikatan Kovalen Taut silang Pemerangkapan Pengkapsulan mikro
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=