SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 26 Jadual 3.1 Kelebihan dan kelemahan bagi beberapa kaedah asas pemegunan Kaedah asas pemegunan Sifat ikatan Kelebihan Kelemahan Pemerangkapan Kemasukan enzim dalam gel atau polimer Tiada tindak balas kimia antara monomer dan enzim yang boleh mempengaruhi aktiviti enzim, beberapa jenis enzim dapat dipegunkan dalam polimer yang sama Halangan pembauran, larut resap enzim, kepekatan monomer dan enzim yang tinggi diperlukan untuk eletropempolimeran Ikatan kovalen Ikatan kimia antara kumpulan berfungsi yang terdapat pada enzim dan penyokong Tiada halangan pembauran, stabil, masa rangsangan yang cepat Matriks tidak dapat dijana semula, kebiasaannya agen berpasangan yang digunakan adalah toksik Jerapan Lemah Ringkas dan mudah, dapat mengekalkan enzim aktiviti Nyahjerapan, jerapan yang berlaku tidak spesifik Taut silang Ikatan antara enzim/ penaut silang (ghutaraldehid), kehadiran protein (BSA) Ringkas Kehilangan aktiviti enzim yang tinggi Afiniti Ikatan afiniti antara kumpulan berfungsi (contoh avidin) pada penyokong dan tag afiniti (contoh biotin) pada jujukan protein Pemegunan secara terkawal dan berorientasi Memerlukan kehadiran kumpulan yang khusus pada enzim (contoh His, biotin) (Sumber: Sasolas et al. 2012) PEMERANGKAPAN SOL-GEL Kaedah pemegunan secara pemerangkapan mudah untuk dilakukan. Dalam kaedah ini reagen kimia dipegunkan secara pemerangkapan seperti melalui proses sol-gel.Melalui kaedah ini, tiada pengubahsuaian kepada reagen kimia dilakukan dan tapak aktif pada reagen kimia dapat dikekalkan semasa pemegunan. Sensor kimia optik berasaskan kaedah pemerangkapan secara fizikal dilaporkan dapat meningkatkan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=