SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 28 pembentukan kumpulan Si-OH. Langkah seterusnya melibatkan tindak balas kondensasi antara kumpulan silanol dalam keadaan beralkali atau berasid untuk membentuk polimer siloksana (Si-O-Si). Pembentukan rangkaian polimer siloksana ini membolehkan reagen kimia dapat dipegunkan secara pemerangkapan ( Jeronimo et al. 2007) bagi membentuk bahan dengan sifat-sifat yang lebih menarik terutamanya sifat optik yang baik,mekanikal dan terma serta kestabilan kimia. Rajah 3.2 menunjukan jaringan yang dibentuk oleh sol-gel berdasarkan monomer alkoksilana, tetraetoks silana (TEOS) dan air yang memberikan sifat ketelusan cahaya dalam jaringan sol-gel. PENJERAPAN Penjerapan reagen kimia ke atas penyokong merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemegunan secara fizikal (Choi 2004). Penyokong dicelup dalam larutan reagen kimia untuk tempoh masa tertentu, seterusnya dibasuh menggunakan larutan penimbal untuk menghilangkan bahan yang tidak terjerap. Mekanisme penjerapan adalah berdasarkan ikatan lemah seperti daya van der Waals dan elektrostatik dan interaksi hidrofobik. Kaedah ini tidak melibatkan pengubahsuaian kumpulan berfungsi pada penyokong dan reagen kimia. Walau bagaimanapun, antara kelemahan utama kaedah ini ialah reagen kimia terikat secara longgar kepada penyokong dan nyahjerapan reagen kimia yang disebabkan oleh perubahan suhu, pH dan kekuatan ionik larutan boleh berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, sensor kimia optik berasaskan jerapan biasanya mempunyai operasi dan kestabilan penyimpanan yang terbatas. Kaedah penjerapan dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu jerapan fizikal dan interaksi elektrostatik. Jerapan fizikal merupakan kaedah pemegunan yang mudah dilaksanakan di atas permukaan penyokong melalui ikatan yang lemah. Pemegunan secara elektrostatik pula dilakukan di atas permukaan penyokong yang bercas contohnya reagen kimia yang bercas negatif boleh berikatan dengan permukaan penyokong yang bercas positif dan sebaliknya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=