SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 30 Molekul templat dan monomer berfungsi akan membentuk kompleks dan seterusnya apabila templat dikeluarkan ia akan meninggalkan memori molekul sasaran (saiz dan bentuk) di dalam polimer tersebut (Anderson 2000). Keadaan ini menjadikan polimer ini selektif terhadap molekul sasaran. Prinsip asas MIP melibatkan tiga peringkat utama iaitu pembentukan kompleks, pempolimeran dan pembasuhan atau pengeluaran templat molekul daripada polimer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3. Pembentukan kompleks berlaku antara templat molekul iaitu analit dan monomer berfungsi secara kovalen atau non kovalen. Monomer berfungsi berkumpul di sekeliling templat atau molekul sasaran (Takeuchi & Haginaka 1999). Proses pempolimeran dilakukan pada suhu dan keadaan yang tertentu dengan penambahan rangkai silang atau agen taut silang. Penambahan agen taut silang dapat meningkatkan keselektifan MIP. IKATAN KOVALEN Pemegunan reagen kimia secara ikatan kovalen kepada penyokong polimer merupakan kaedah pemegunan yang biasa digunakan untuk pembangunan sensor kimia optik. Reagen kimia berikatan dengan permukaan penyokong melalui kumpulan berfungsi yang terdapat pada permukaan penyokong tersebut dan lazimnya dilakukan dengan mengaktifkan terlebih dahulu permukaan penyokong. Penyokong yang digunakan boleh terdiri daripada bahan tak organik (contoh kaca berliang yang dikawal) ( controlled pore glass ), polimer semula jadi (contoh selulosa, kitosan) atau polimer sintetik (contoh nilon). Pemegunan secara ikatan kovalen boleh dilakukan secara terus kepada permukaan transduser ataukepadamembran/filemnipis yangdiletakkan pada transduser. Antara kelebihan menggunakan kaedah pemegunan secara ikatan kovalen adalah ia dapat meningkatkan kestabilan reagen terpegun, masa rangsangan yang cepat dan tiada masalah larut resap (Sassolas et al. 2012).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=