SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 32 yang kaya dengan lipid membuatkan rasa pedas menjadi lebih jelas pada lidah manusia. Kepedasan cili dan kepanasan haba adalah sama pada peringkat molekul, sel dan sensori (Govindarajan et al. 1987; Mohamad Nasir 2005). Rajah 4.1 Struktur umum sebatian kapsaisinoid Kepentingan Kapsaisin dalam Industri Kapsaisin yang menyebabkan rasa pedas ini merupakan bahan aktif yang digunakan dalam kebanyakan ubat penahan sakit komersial dan dapat melegakan kesakitan, pening kepala dan ketidakselesaan badan yang biasa (Hayman & Kam 2008). Kapsaisin boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan neuropati diabetes dan sakit otot kronik. Ia digunakan untuk meningkatkan keupayaan pundi kencing dan mengurangkan masalah lemah kawalan kencing pada pesakit hiperaktif pundi kencing. Kapsaisin boleh mengurangkan loya dan muntah-muntah selepas pembedahan dan boleh merawat pruritis yang dikaitkan dengan kegagalan buah pinggang serta melindungi perut terhadap ubat anti-inflamasi bukan steroid gastritis teraruh. Cili kebanyakannya digunakan untuk memberikan kepedasan dalam makanan di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Tengah, Amerika Latin, Afrika dan Asia (Chukwu 2006). Cili memiliki beberapa bahan kimia dan sifat-sifat farmakologi yang sama dengan ubat-ubatan yang mampu menggalakkan kerosakan tisu (Govindarajan & Sathyanarayana 1991). Oleh sebab sifat kapsaisin yang terdapat dalam cili menyakitkan dan “membakar”, ia boleh memberi kesan kepada fisiologi dan farmakologi (Govindarajan & Sathyanarayana 1991). Council of Europe (2001) telah menggariskan had jumlah kapsaisinoid yang dibenarkan dalam makanan, minuman dan produk- produk yang berkaitan dengan cili.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=