SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 34 dibangunkan dapat memberikan perubahan warna yang jelas iaitu daripada putih kekelabuan kepada biru. Perubahan warna ini mudah dilihat dan sangat sesuai untuk penentuan secara kualitatif mahupun kuantitatif, dengan masa rangsangan yang cepat iaitu sekitar 30 s. Tindak balas sebatian fenol dengan reagen Gibbs adalah merupakan tindak balas pergandingan ( coupling reaction ) yang menghasilkan sebatian indofenol (spesies berwarna) dan berlaku dalam keadaan beralkali (Gadkariem et al. 2009; Gotardo et al. 2008). Oleh sebab struktur kapsaisin mempunyai kumpulan berfungsi fenol, jadi dijangkakan mekanisme tindak balas antara reagen Gibbs adalah hampir sama dengan fenol. Rajah 4.2 Cadangan mekanisme tindak balas antara reagen Gibbs dan kapsaisin dalam medium beralkali 69 Tindak balas pergandingan ini boleh berlaku pada kedudukan para pada fenol atau amina. Dalam sesetengah keadaan apabila kedudukan para telah diisi, tindak balas perganding boleh berlak pada kedudukan orto. Walau b gaimanapun, tindak balas pergandingan pada kedudukan para berl ku lebih pantas berbanding daripada kedudukan orto (Siggia & Hanna 1979). Berdasarkan penjelasan tersebut, oleh kerana kedudukan para pada struktur kapsaisin telah diisi, tindak balas pergandingan berkemungkinan berlaku pada kedudukan orto untuk membentuk sebatian indofenol seperti yang dipaparkan pada Rajah 4.1(diubahsuai dengan menggantikan struktur fenol dengan kapsaisin dari sumber asal) (Svo odova et al. 1978). Rajah 4.1 Cadangan mekanisme tindak balas antara reagen Gibbs dan kapsaisin dalam medium beralkali 2,6-diklorokuinon-4- kloroimida/reagen Gibbs sebatian indofenol kapsaisin 2,6-diklorokuinonimina 2,6-diklorokuinonimina
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=