SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 36 Secara teorinya dalam keadaan beralkali, reagen Gibbs akan membentuk 2, 6-diklorokuinonimina dan diikuti oleh tindak balas dengan fenol untuk membentuk sebatian indofenol (Rajah 4.2) yang berwarna biru, seperti yang dipaparkan pada Rajah 4.3 (Svobodova et al. 1978). Sebatian indofenol yang berwarna biru ini dapat dicerap secara spektrofotometri. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.4, kedua-dua kaedah HPLC dan sensor kimia optik telahmenunjukkan keputusan yang setara kerana nilai kecerunan garis yang menghampiri 1.0. Walau bagaimanapun, nilai sisihan piawai yang diperoleh daripada kaedah HPLC adalah lebih rendah berbanding kaedah sensor kimia optik. Selain itu juga, instrumenHPLC perlu dialirkan dengan larutan fasa bergerak beberapa jam sehingga turus dipastikan bersih daripada sebarang gangguan sebelum analisis dilakukan. Oleh itu, masa yang lebih lama diperlukan dalam kaedah HPLC berbanding kaedah sensor kimia optik untuk penentuan kepekatan kapsaisin dalam sampel cili. Manakala kaedah sensor kimia optik pula lebih bersifat “mesra pengguna” tanpa perlu melalui prarawatan sampel yang rumit, di samping dapat dikendalikan dengan mudah. Kajian perolehan semula dilakukan pada dua masa pengekstrakan cili berbeza iaitu pada 15 minit dan 5 jam. Sensor kimia optik yang dibangunkan memberikan peratus perolehan semula yang tinggi iaitu melebihi 95 % bagi kedua-dua masa pengekstrakan cili yang dikaji. Ini menunjukkan bahawa sensor kimia optik yang dibangunkan ini tidak mengalami gangguan kesan matriks yang signifikan. BIOSENSOR KIMIA OPTIK FENOL Ketoksikan Sebatian Fenolik Sebatian fenolik telah banyak dilaporkan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar. Sebatian fenolik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 adalah sebatian aromatik yang mengandungi kumpulan berfungsi hidroksil (McMurry 1984),berbentuk kristal yang tidak mudah meruap dan bersifat asid lemah. Sebatian fenolik banyak digunakan dalam industri seperti industri perubatan (Saraji & Bakhshi 2005) untuk penghasilan dadah, antiseptik, ubat pembasmi kuman, industri pertanian ( Janotta et al. 2003) untuk penghasilan racun rumpai, racun
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=