SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

37 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan serangga, bahan awet dan industri polimer (Zhang et al. 2003) untuk penghasilan resin, gentian polimer dan bahan pelekat. Pada masa Perang Dunia Kedua, bahan ini telah disalahgunakan sebagai bahan mentah untuk penghasilan asid pikrik yang dijadikan bahan letupan dan ia juga digunakan untuk membunuh banduan perang (McMurry 1984). Rajah 4.5 Struktur asas sebatian fenolik Sebatian fenolik mudah meruap dan boleh meresap melalui kulit. Antara simptom yang menunjukkan kesan ketoksikan fenol kepada manusia ialah muntah, kesakitan otot, kerosakan sistem ginjal dan koma (Dalina & Musa 2002). Dalam kuantiti yang tinggi, sebatian fenolik ini menjadi karsinogenik kepada hidupan. Pemantauan dan pengawalan sebatian fenolik dalam alam sekitar adalah amat penting. Di Malaysia, paras maksimum fenol yang ditetapkan adalah dalam julat 1-2 ppb (mg/L) untuk tujuan minuman (Peraturan Makanan dan Akta Makanan 1996) dan 1-5 ppm (mg/L) untuk air kumbahan industri (Peraturan dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1997). Menurut Kesatuan Eropah (EC), paras maksimum fenolik yang dibenarkan untuk air minuman ialah 0.5mg/L (ppb) (Llompart et al. 2002). Kaedah Penentuan Sebatian Fenolik dan Reagen Spektrofotometri Kaedah biasa yang digunakan untuk mengesan sebatian fenolik ini adalah dengan teknik kromatografi gas (Saraji & Bakhshi 2005) dan kromatografi cecair prestasi tinggi, HPLC (Suliman et al. 2006). Teknik ini amat sensitif dan boleh dipercayai, walau bagaimanapun, ia melibatkan kaedah penyediaan sampel yang sukar, mengambil masa yang panjang, tidak sesuai untuk kerja di lapangan dan mahal. OH

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=