SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

39 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan dalam literatur untuk penentuan sebatian fenolik adalah reagen 4-aminoantipairin (AAP), 3-metil-2-benzotiazolinon hidrazon (MBTH) dan klorofenol merah β -D-galaktopiranosida (CPRG) menggunakan kaedah spektrofotometer. Kaedah spektrofluorimetri turut dilaporkan menggunakan reagen 10-asetil-3, 7-dihidroksifenozazin (Amplex TM ), tris (4,7-difenil-1,10-fenantrolin) rutenium(II) dodesil sulfat dan gabungan luminol-hidrogen. Kebanyakan reagen kromofor ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang melibatkan kepekaan, selektiviti dan masa rangsangan apabila digunakan. Reagen yang biasa digunakan untuk pengesanan sebatian fenolik adalah reagen AAP dan MBTH. Dalam penyelidikan ini reagen MBTH dengan gabungan beberapa enzim oksidase telah digunakan untuk pengesanan dan penentuan sebatian fenolik dalam larutan akueus.Cadanganmekanisme tindak balas penghidroksilan fenol yang dimangkinkan oleh enzim tirosinase dengan kehadiran dan tanpa MBTH telah dilaporkan oleh Rodriguez et al. (1994) seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.6. Pembangunan Biosensor Optik Fenol Pengesanan sebatian fenolik secara selektif dan sensitif adalah penting untuk memantau kandungan bahan tersebut secara berterusan di dalam air minuman dan air kumbahan perindustrian. Dalam kajian ini, usaha telah dilakukan untuk membangunkan biosensor optik yang berupaya digunakan untuk pengesanan fenol. Filem sensoran untuk pengesanan sebation fenol disediakan secara lapisan filem berlapis iaitu lapisan filem MBTH disediakan dalam filem hibrid nafion/sol-gel silikat dan lapisan filem enzim disediakan dalam filem kitosan (Rajah 4.7). Spektrum serapan biosensor berasaskan pemegunan berlapis, reagen MBTH dalam filem hibrid nafion/sol-gel silikat dan enzim tirosinase dalam filem kitosan ditunjukkan dalam Rajah 4.8. Kepekatan substrat fenol yang digunakan ditetapkan pada 9.4 mg/L dan spektrum serapan direkodkan dalam julat panjang gelombang 300-800 nm pada selamasa 1min selama 5min.Peningkatan serapan ini adalahdisebabkan pembentukan aduk kuinon-MBTH yang berwarna merah bata seperti yang telah dilaporkan oleh penyelidik sebelum ini (Rodriguez et al. 1994).Rajah 4.9 pulamenunjukkan cadanganmekanisme pembentukan aduk ini di permukaan biosensor optik (Rodriguez et al. 1994; Paranjpe et al. 2001). Pengoksidaan fenol oleh enzim tirosinase terpegun dalam kitosan menghasilkan dihidroksibenzena (katekol), yang seterusnya

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=