SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 40 dioksidakan kepada o -kuinon. Sebatian o -kuinon yang terbentuk bertindak balas dengan MBTH pegun dalam hibrid nafion/sol-gel silikat membentuk aduk merah bata yang boleh dicerap menggunakan spektrofotometer. Rajah 4.7 Penyediaan filem berlapis sensoran untuk fenol yang terdiri daripada lapisan nafion/sol-gel silikat-MBTH dan lapisan enzim kitosan ( Jaafar 2007) Hasil kajian menunjukkan bahawa biosensor optik fenol berasaskan pemegunan berlapis reagen MBTH dalam hibrid nafion/ sol-gel silikat dan tirosinase dalam kitosan menghasilkan rangsangan linear terhadap fenol, katekol dan m -kresol dalam julat kepekatan 0.5- 7.0, 0.5-10.0 dan 1.0-13.0 mg/L; dengan had pengesanan masing- masingnya 0.18, 0.23 dan 0.43 mg/L. Nilai RSD kebolehulangan yang dikaji pada kepekatan fenol 9.4 dan 5.0 mg/L adalah 8.9 dan 5.6 %, masing-masing. Biosensor juga menunjukkan kestabilan penyimpanan yang baik untuk jangka masa paling kurang tiga bulan. Kajian ini juga menunjukkan kebolehan bahan hibrid nafion/sol-gel silikat yang bersifat hidrofobik sederhana sebagai bahan matrik yang sesuai untuk pemegunan reagen MBTH yang bersifat hidrofilik. MBTH di atas slaid kaca

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=