SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
43 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan dan kimia yang berlaku terhadap makanan (Sardjimah 1996). Oleh sebab itu, pewarna makanan digunakan untuk mengekalkan warna asli makanan tersebut.Menurut Sardjimah (1996), terdapat beberapa sebab mengapa pewarna ditambah kepada makanan antaranya ialah: a. Menggantikan warna yang telah pudar disebabkan oleh pendedahan terhadap cahaya, udara, suhu yang melampau, kelembapan dan keadaan penyimpanan. b. Mengekalkan warna semula jadi makanan agar tidak hilang keasliannya. c. Menghasilkan warna makanan yang berwarna-warni kepada makanan yang tidak berwarna. d. Menghasilkan makanan berwarna menarik untuk penghasilan makanan hiasan. e. Melindungi perasa dan vitamin yang mungkin hilang disebabkan cahaya matahari semasa penyimpanan. f. Menghasilkan kepelbagaian makanan yang menarik perhatian pengguna. g. Mengekalkan identiti makanan selari dengan budaya dalam masyarakat. Menurut Sardjimah (1996) lagi, pewarna dapat dikelaskan kepada empat ketegori, iaitu pewarna asli dan pewarna sintetik, pewarna pigmen, pewarna larut dalam lemak/minyak atau larut dalam air serta pewarna bersifat asid atau bes. Pewarna asli dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi sementara pewarna sintetik pula dihasilkan melalui kaedah kimia. Contoh pewarna asli adalah seperti klorofil, beta-kerotina, karamel, riboflavin, safron dan kunyit. Pewarna sintetik yang pertama pula dihasilkan olehWilliam Perkins iaitu anilina pada tahun 1851 (Deepak 2003). Selepas itu, pewarna sintetik ini digunakan secara meluas untuk mewarnakan makanan seperti mentega, keju, minuman dan produk makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran (Deepak 2003). Contoh pewarna sintetik adalah seperti rodamin B (RB), tartrazina, sudan 1-IV, para-red dan amaranth.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=