SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
45 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan Kaedah Penentuan RB dan Reagen Spektrofotometri Kebanyakan kaedah yang digunakan untuk penentuan RB dalam pelbagai sampel makanan dan kosmetik, melibatkan penggunaan kaedah yang rumit dan memerlukan kemahiran. Instrumen yang digunakan juga berkos tinggi, sukar untuk dikendalikan, memerlukan masa analisis yang agak lama dan analisis tidak boleh dilakukan secara in-situ. Kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) telah dilaporkan digunakan dalam menentukan sembilan jenis pewarna (termasuk RB) dalam pelbagai jenis rempah, menggunakan HPLC fasa berbalik yang digandingkan dengan spektroskopi jisim (Botek et. Al 2007). Penggunaan kaedah HPLC untuk penentuan kehadiran RB dalam serbuk cili dengan mengaplikasi pengesan UV-VIS pada panjang gelombang 510 nm turut dilaporkan oleh Stuart (2006). Kaedah elektroforesis rerambut dengan mengaplikasikan pengesan teraruh laser (CE-LIF) pula telah digunakan untuk mengesan kehadiran beberapa pewarna kumpulan xantena (termasuk RB) dan eritrosin (E127) dalam produk makanan. Kaedah ini dipilih kerana dapat megesan kehadiran pewarna makanan dalam kepekatan yang sangat rendah (Marketa et al. 2005). Beberapa reagen spektrofotometri yang sering dilaporkan dalam literatur untuk bertindak balas dengan RB adalah β -siklodekstrin ( β CD) dan serium sulfat (SS). Pemilihan β CD sebagai reagen dalam kajian ini kerana sifatnya yang tidak toksik, murah, mudah didapati dan memberikan perubahan isyarat optik yang jelas apabila bertindak balas dengan RB (Brewster & Loftsson 2007). Pembangunan Sensor Kimia Optik untuk Pewarna RB β -CD yang boleh diperoleh dalam kos yang murah, sukar larut dalam air namun mampu membentuk kompleks inklusif dengan RB (Xiashi et al. 2007). β CDmenunjukkan keamatan pendarfluor maksimum pada panjang gelombang pengujaan 325 nm dan pancaran 365 nm (Rajah 4.11). Seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.11, terdapat perbezaan pada spektrum pendarfluor bagi RB, β CD dan kompleks terangkum RB- β CD pada panjang gelombang pengujaan 325 nm dan pancaran 365 nm dengan kepekatan RB 3.0 mg/L pada pH 7.0. Pada julat panjang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=