SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

49 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan Rajah 4.14 Spektrum 3D pancaran pendarfluor sensor RB pada kepekatan RB dalam Julat 0.1 – 24.0 mg/L SENSOR KIMIA OPTIK HIDROKUINON Penggunaan Hidrokuinon dalam Industri dan Ketoksikannya Kandungan bahan-bahan dalam produk kosmetik kebanyakannya adalah bahan kimia sintetik daripada sumber petroleum. Kebanyakan bahan-bahan ini terdiri daripada sebatian aromatik yang juga dikenali sebagai hidrokarbon polisiklikaromatik (PAH) dan merupakan bahan yang boleh menyebabkan kanser. Antara bahan yang biasa digunakan adalah hidrokuinon, paraben, kampor, aminobenzoat, benzenadiol, formaldehid dan sebagainya. Hidrokuinon merupakan salah satu bahan yang dikategorikan berbahaya dan dikawal penggunaanya adalah hidrokuinon. Sebatian hidrokuinon digunakan sebagai agen penurunan organik, terutamanya dalam fotografi, litografi, filem X-ray, penghasilan perencat pempolimeran dan getah, antioksidasi makanan dan krim kosmetik seperti depigmentasi (de Oliveira & Vieira 2006). Sebatian hidrokuinon dan sebatian eternya merupakan agen pemutihan atau penyahpigmen yang banyak digunakan dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=