SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 50 krim kecantikan. Sebatian ini bertindak dengan menghalang pengumpulan melanin di atas permukaan kulit (Vieira & Fatibello- Filho 2000). Walaupun penggunaannya dihadkan, namun ia masih lagi digunakan dengan meluas kerana keberkesanannya yang cepat berbanding dengan sebatian lain (Desidario et al. 2000; Lin et al. 2005; Schlecht et al . 2004). Paras hidrokuinon yang dibenarkan sebagai agen pemutih kulit yang dilaporkan paling berkesan dalam produk kosmetik adalah 1.5 – 2 % dan kepekatan melebihi 5.0 % akan menyebabkan kulit terbakar dan kemerahan (Garcia et al. 2005). Kaedah Konvensional Penentuan Hidrokuinon Pengesanan kandungan hidrokuinon dalam sampel sebenar sama ada dalam produk makanan, farmaseutikal ataupun produk kosmetik, memerlukan kaedah terbaik dan boleh dipercayai. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam pengesanan sebatian-sebatian berbahaya dalam produk kosmetik seperti menggunakan peralatan termaju seperti kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC), kromatografi gas (GC), spektroskopi UL-Nampak, spektroskopi pendarfluor dan sebagainya. Mengikut prosedur yang digariskan oleh US Pharmacopeial (2003), pengesanan hidrokuinon dilakukan dengan menggunakan HPLC. Penentuan hidrokuinon dengan kaedah spektroskopi UL-Nampak dan pendarfluor dilakukan dengan mencampurkan reagen secara terus dengan analit (Sirajuddin et al. 2007; Thongchai et al. 2009; Uddin et al. 2010). Reagen yang digunakan kebiasaannya merupakan suatu kompleks logam peralihan. Penggunaaan kompleks logam peralihan sebagai bahan pengoksidaan hidrokuinon telah dilakukan secara meluas oleh penyelidik seluruh dunia. Antara kompleks logam peralihan yang digunakan adalah seperti [Mn(EDTA)] - , [Fe(forfrin)] + , [Ni(oksim)] 2+ (Nehru et al. 2008), Cu 2+ ( Jakubiak et al. 2005) dan lain-lain. Kebanyakan penggunaan peralatan seperti dibincangkan di atas, tentunya tidak boleh dibawa ke lapangan. Penggunaan pengesan secara in-situ,memberi maklumat lebih tepat dan berkualiti diperlukan supaya pemantauan dapat dilakukan dalam jangka masa yang lebih singkat. Oleh itu, pencarian kaedah dan peralatan mudah alih diperlukan bagi membolehkan kandungan hidrokuinon dikesan dengan cara yang lebih cepat dan mudah. Aplikasi sensor kimia dalam pemantauan ini dapat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=