SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
51 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan memenuhi kehendak yang diperlukan dalam pemantauan ketoksikan sebatian-sebatian ini dalam produk kosmetik kerana ia menawarkan kaedah analisis yang lebih mudah, murah, cepat, tahan lasak terhadap bahan kimia, dan stabil semasa penyimpanan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pembangunan sensor kimia yang berasaskan sifat optik yang dapat memberikan pengesanan yang lebih peka dan cepat bagi memantau penggunaan bahan berbahaya seperti hidrokuinon yang berlebihan dalam produk kosmetik. Polimer Bercetak Molekul (Molecular Imprinted Polymer, MIP) Polimer Bercetak Molekul (MIP) merupakan polimer dengan acuan molekul yang disintesis bersama analit atau molekul yang hampir serupa dengan analit. MIP diaplikasikan dalam pengecaman banyak sebatian organik, logam berat dan molekul biologi. Satu daripada tarikan teknik percetakan molekul adalah teknik ini boleh digunakan untuk pelbagai molekul seperti dadah, herbisid, karbohidrat, asid amino dan molekul biologi dan alam sekitar (Sadeghi et al. 2007).MIP telah digunakan dalam kajian ini untuk pembangunan sensor kimia optik untuk pengesanan hidrokuinon. Contoh interaksi antara MIP dengan hirdokuinon yang telah dibangunkan dalam kajian ini adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.15. Bagi polimer MIP III PX10, interaksi yang dimaksudkan adalah ikatan hidrogen yang berlaku antara kumpulan hidroksil dalam molekul hidrokuinon dan kumpulan karboksilik polimer sumbangan asid akrilik dan HEMA. Sementara bagi polimer MIP IV PX6, interaksi yang berlaku adalah kumpulan berfungsi hidroksil molekul hidrokuinon dan kumpulan berfungsi amina (-NH 2 ) sumbangan akrilamida. Interaksi kedua-dua polimer ini dengan molekul hidrokuinon.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=