SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
53 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan Pembangunan Sensor KimiaOptik untuk PengesananHidrokuinon Sensor optik fluorimetri berasaskan MIP bagi pengesanan kandungan hidrokuinon dalam produk kosmetik telah berjaya dibangunkan dalam kajian ini.MIP yang disintesis daripada monomer asid akrilik bertindak sebagai bahan penyokong dan reagen. Kehadiran hidrokuinon dikesan menggunakan prob nano-MIP III PX10 pada panjang gelombang pancaran 325 nm (Rajah 4.16) berdasarkan interaksi ikatan hidrogen antara kumpulan karboksilik hidrokuinon dengan kumpulan hidroksil nano-MIP. Julat kepekatan linear (Rajah 4.17) yang dihasilkan oleh sensor hidrokuinon ini lebih rendah berbanding dengan peratusan kandungan hidrokuinon yang dibenarkan dalam produk kosmetik iaitu 2 % (2000 mg/L). Hal ini membolehkan pengesanan hidrokuinon dapat dilakukan pada kepekatan yang rendah iaitu antara 30 – 120 mg/L dengan had pengesanan 26.10 mg/L. Sensor ini didapati lebih sesuai digunakan untuk mengesan hidrokuinon yang telah diekstrak terlebih dahulu daripada produk kosmetik. Rajah 4.16 Spektrum (a,b) pengujaan dan (c,d) pancaran prob nano- MIPIIIPX10 (Poli (asid akrilik-EDMA-HEMA) (a,c) sebelum dan (b,d) selepas dicelup ke dalam larutan hidrokuinon. Kepekatan hidrokuinon = 100 mg/L dalam campuran penimbal fosfat pH 6.8 dan 15 % metanol 103 100 120 140 160 180 200 220 250 270 290 310 330 350 Keamatan pendarflour (a.u) Panjang Gelombang (nm) (a) (b) (c) (d)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=