SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

55 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan SENSOR KIMIA OPTIK FORMALDEHID Kegunaan Industri dan Ketoksikan Formaldehid Formaldehid merupakan sebatian yang wujud dalam bentuk gas yang mudah terbakar, tidak berwarna,mudah membentuk polimer pada suhu bilik. Formaldehid yang wujud dalam bentuk cecair seperti ini disebut sebagai formalin, dianggap sebagai salah satu bahan kimia yang sangat penting dalam perdagangan disebabkan oleh sifatnya yang sangat reaktif, mempunyai ketulenan yang tinggi dan murah. Formaldehid digunakan sebagai bahan pengawet kerana ia boleh membunuh bakteria. Dalam industri, ia sering digunakan untuk menghasilkan polimer melalui tindak balas dengan fenol, urea atau melamin yang dipakai untuk bahan gum kayu lapis, pembuat cat dan bahan plastik (Fielder et al. 1981) . Formaldehid banyak digunakan sebagai bahan asas resin sintetik, pembasmi kuman untuk perubatan, bahan pengawet untuk industri kayu, makanan, kosmetik dan agen pembersih di dalam rumah seperti bahan cuci, sabun, syampu dan sebagai agen pensterilan dalam farmakologi dan perubatan (Gerberich & Seaman 1994; Patnaik 1997). Agensi Perlindungan Alam Amerika Syarikat (EPA) (1999) menentukan dos maksimum harian (RFD) formaldehid adalah 0.2 mg/kg berat . Pendedahan yang lebih tinggi daripada dos ini berpotensi terhadap kesan kesihatan yang buruk. Penggunaan formaldehid dalam pelbagai bidang boleh mencemarkan persekitaran dan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan manusia seperti kerengsaan kulit, deria dan penyakit saluran pernafasan, sakit mata, hidung dan tekak juga boleh mengancam nyawa bergantung kepada kepekatan formaldehid (Kataky et al. 2002). Formaldehid juga dapat menyebabkan kerosakan kepada DNA dan mutasi mikroorganisma serta sel-sel mamalia yang dapat dibuktikan melalui eksperimen mikro-organisma tikus dengan kesan mutagen dan induksi kanser (Squire & Cameron 1984). Kaedah Analisis Kuantitatif Formaldehid Kaedah piawai yang biasa digunakan untuk mengesan formaldehid adalah kaedah spektroskopi seperti; spektroskopi UL-nampak, spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR), resonans magnet

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=