SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 56 nuklear (NMR), kromatografi dan titratan redoks (Bechmann 1996; Demkiv et al. 2008; Li et al. 2007; Mohr 2003; Oliviera et al. 2007; Tanner et al. 1996). Walaupun kaedah ini merupakan kaedah piawai yang mempunyai ketepatan pengukuran yang tinggi, namun kaedah ini melibatkan proses yang lama, rumit, peralatan yang mahal dan memerlukan kepakaran untuk mengendalikan instrumen. Oleh itu, kaedah piawai ini kurang sesuai untuk digunakan secara langsung untuk mengesan formaldehid di dalam sampel (Yew 2010). Beberapa kaedah sensor telah dibangunkan untuk mengesan kepekatan formaldehid termasuk sistem operasi dalam gas (Dennison et al. 1996) dan fasa organik. Peranti voltammetrik (Kettrup 1993) dan kemosensors berdasarkan elektrod grafit terubahsuai oleh paladium, turut dicadangkan.Juga telahdilaporkanpengesanan formaldehiddalam terbitan analit (karboksimetil) hidrazida trimetil ammonium klorida dengan menggunakan kaedah polarografi (Girard T-reagen) (Chan & Xie 1997). Kelemahan kaedah ini adalah kerana ia memerlukan alat radas yang mahal. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk memperbaiki kelemahan sensor kimia/biosensor formaldehid yang sedia ada dari aspek fabrikasi dan juga prestasi. Kajian ini ditumpukan kepada pembangunan sensor kimia/biosensor untuk mengesan kandungan formaldehid di dalam sampel ikan dengan kaedah analisis yang ringkas, cepat dan boleh dipercayai. Sensor kimia optik yang dibangunkan dalam kajian ini adalah dalam bentuk butiran XAD 4 manakala biosensor optik dalam bentuk filem. Pembangunan Sensor Kimia dan Biosensor Optik untuk Analisis Kuantitatif Kepekatan Formaldehid Sensor Optik Formaldehid Pengesanan formaldehid secara kuantitatif menggunakan reagen Fluoral-P dikaji dengan kaedah pendarfluor. Reagen Fluoral-P bertindak balas dengan formaldehid membentuk kompleks DDL yang menyerap secara optimum pada pH 7. Rangsangan linear terhadap formaldehid diperoleh pada julat kepekatan 0.17-0.48 mM. Analisis kebolehulangan bagi kedua-dua kaedah menunjukkan nilai kebolehulangan yang baik dengan nilai RSD yang rendah iaitu 1.97 % hingga 5.85 %. Hasil kajian juga mendapati tiada sebarang gangguan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=