SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
57 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan tindak balas reagen Fluoral-P dengan formaldehid bagi membentuk kompleks DDL oleh asetaldehid walaupun kuantiti asetaldehid adalah 100 kali ganda berbanding kepekatan formaldehid dalam larutan. Keamatan pendarfluor reagen Fluoral-P dalam larutan sebelum (a) dan selepas (b) bertindak balas dengan larutan formaldehid iaitu setelah membentuk sebatian DDL ditunjukkan dalam Rajah 4.18. Keamatan pendarfluor sebatian DDL diukur pada panjang gelombang pengujaan λ ex 405 nm dan panjang gelombang pancaran λ em 510 nm . Spektrum pengujaan yang diperoleh pada kajian ini menunjukkan imej cermin spektrum pancaran yang terhasil daripada peralihan keadaan asas kepada keadaan teruja. Keadaan ini disebabkan ruang getaran DDL pada keadaan asas (S o ) adalah bersamaan dengan keadaan teruja pada aras pertama (S 1 ) (Hobart 1992). Rajah4.18 Spektrum pengujaan dan pancaran reagen Flurol-P sebelum (a) dan selepas (b) bertindak balas dengan formaldehid 0.17 mM Dalam sistem tindak balas ini, reagen Fluoral-P bertindak sebagai kromofor dan larutan formaldehid sebagai auksorom yang dapat meningkatkan keamatan warna. Setelah tindak balas berlaku, warna kuning larutan berubah menjadi lebih pekat kerana pembentukan sebatian DDL yang berpendarfluor (Descamp et al. 2011). Penyediaan bahan sensor kimia optik dilakukan dengan memegunkan reagen Fluoral-P di atas butiran polimer XAD-4 secara
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=