SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 60 0.2 mM – 1.0 mM dengan had pengesanan terendah 0.193 mM. Kajian kebolehulangan yang dilakukan terhadap kepekatan formaldehid, memberikan nilai RSD dengan julat 3.82-4.93 %. Tidak terdapat kesan gangguan yang signifikan oleh asetaldehid dalam sistem tindak balas walaupun asetaldehid hadir sehingga 100 kali ganda daripada kepekatan formaldehid. Rajah 4.21 Penentusahan kaedah sensor kimia berasaskan Fluoral-P terpegun pada XAD-4 dengan kaedah Nash bagi penentuan kepekatan formaldehid dalam sampel ikan Rajah 4.21 pula menunjukkan graf perbandingan penentuan kepekatan formaldehid dalam sampel ikan menggunakan kaedah Nash dan sensor optik formaldehid yang telah dibangunkan. Terdapat hubungan linear antara kedua-dua kaedah Nash dan biosensor dengan korelasi kelinearan 0.926 sehingga 1.088. Analisis statistik yang dilakukan menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang ketara antara nilai kepekatan formaldehid dalam sampel ikan yang ditentukan dengan kedua-dua kaedah Nash dan sensor optik formaldehid. Oleh itu, sensor optik formaldehid ini sesuai digunakan untuk mengesan kuantiti formaldehid di dalam sampel ikan pada julat kepekatan 0.2- 1.0 mM.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=