SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

61 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan Biosensor Optik Formaldehid Biosensor ini direka bentukmenggunakan enzimAOXyang dipegunkan dalam sol-gel (Rajah 4.22) secara pemerangkapan ke atas membran peka pH. Kopolimer MB 28 terpegun kromoionofor berfungsi sebagai membran pemilih ion H + manakala sol-gel terpegun AOX pula sebagai pengoksida formaldehid bagi menghasilkan ion H + . Asasnya biosensor formaldehid optik yang menggunakan kopolimer MB 28 terpegun kromoionofor (ETH5294) adalah berwarna biru muda, namun akan bertukar warna kepada biru tua selepas bertindak balas dengan ion H + yang dihasilkan daripada tindak balas formaldehid dengan enzim AOX terpegun. Rajah 4.22 Reka bentuk biosensor optik formaldehid (Nurlely 2013)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=