SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 62 Seperti yang ditunjukkan dalamRajah 4.22, biosensor formaldehid optik disediakan di atas slaid kaca, terdiri daripada dua lapisan. Lapisan pertama terdiri daripada kromoionofor (ETH 5294) dan garam lipopilik NaTFPB yang terpegun dalam kopolimer MB28 bertindak sebagai membran pemilih ion H + , manakala lapisan kedua terdiri daripada lapisan enzim (sol-gel yang mengandungi enzim alkohol oksidase -AOX). Rajah 4.23 menunjukkan rangsangan biosensor pada pelbagai kepekatan formaldehid. Biosensor formaldehid dibangunkan berasaskan enzim AOX. Kopolimer MB28 yang mengandungi kromoionofor dan garam lipopilik NaTFPB digunakan sebagai membran pemilih ion H + manakala lapisan sol-gel digunakan sebagai membran pemegunan enzim AOX secara pemerangkapan. Biosensor ini boleh mengesan formaldehid pada julat kepekatan 10 -8 mM sehingga 10 mM (R 2 = 0.997). Manakala had pengesanan biosensor (LOD) pula adalah 10 -8 mM. Rajah 4.23 Rangsangan linear biosensor formaldehid
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=