SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

63 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan SENSOR KIMIA OPTIK ION AMMONIUM Ion Ammonium dan Kesan Kehadiran di Persekitaran Dalam larutan akueus, NH 3 menerima proton (H + ) daripada air dan ini menghasilkan suatu anion hidroksida (OH - ) dan suatu kation NH 4 + yang mempunyai bentuk ion tetrahedron dan bersudut ikatan 109.5° seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.24. NH 3 dan NH 4 + adalah dalam keseimbangan dalam larutan akueus seperti yang ditunjukkan dalam Persamaan 1.1. Rajah 4.24 Bentuk tetrahedron ion NH 4 + Kation NH 4 + menyerupai ion logam alkali seperti ion natrium (Na + ) atau kalium (K + ) dan boleh didapati dalam bentuk garam seperti garam ammonium bikarbonat (NH 4 HCO 3 ), NH 4 Cl dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ). Garam-garam NH 4 + pada umumnya adalah sebatian yang terlarutkan air dan membentuk larutan tak berwarna kecuali jika anion berwarna. Apabila dipanaskan, semua garam NH 4 + terurai menjadi NH 3 dan asid yang sepadan (Vogel 1979). NH 3 memainkan peranan yang penting dalam kitar nitrogen bagi pelbagai proses biologi dan industri (Staden &Taljaard 1997). Namun, NH 3 terlarut adalah salah satu pencemar yang paling utama dalam persekitaran. Sumber utama NH 3 datang dari aktiviti perkebunan, pertanian, kilang penghasilan baja dan biosid, industri kimia yang secara langsung mencemar sistem air (Timmer et al. 2005). NH 3 yang berlebihan memberi impak yang besar kepada persekitaran dan NH 3 + H + NH 4 + pK a = 9.26 (1.1)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=