SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 64 merupakan punca utama bagi pertumbuhan alga secara mendadak dan memberi kesan yang signifikan kepada keseimbangan akuatik melalui penipisan oksigen (O 2 ) atau hipoksia dalam sistem air, mengakibatkan masalah peningkatan kematian ikan (Kwan et al. 2005; Lau et al. 2004). Ion NH 4 + adalah hasil sisa toksik metabolisma dalam haiwan dan dikumuhkan tanpa perubahan secara kimia dalam air kencing haiwan. NH 3 dalam keseimbangan dengan NH 4 + menggiatkan penumbuhan plankton dan adalah toksik bagi hidupan akuatik secara pembauran melalui tisu mereka (Renault et al. 1999). IonNH 4 + adalah mikronutrien yang penting bagi banyak tumbuhan dan fitoplankton dan sebagai perantaraan kitar nitrogen dalam ekosistem akuatik (Andrew et al. 1995; Li et al. 2005). Kepekatan tipikal NH 4 + didapati dalam air laut berubah dari 0-25 mM dalam air pantai, kurang daripada 0.5 mM dalam permukaan air laut. Ion NH 4 + juga adalah pencemar alkali lazim dalam air tawar (Kuo et al. 2005). Ion NH 4 + sering didapati pada paras yang rendah dalam air semula jadi. Walaupun pada kepekatan NH 4 + yang rendah (0.04- 22.8 mg/L), ion ini juga boleh memberi kesan buruk kepada hidupan akuatik seperti penurunan dalam kadar pertumbuhan dan penetasan serta menyebabkan kelukaan pada tisu insang, hati dan ginjal. NH 4 + boleh menembusi membran sel dalam keadaan alkali. Ini adalah berbahaya kapada hidupan akuatik secara akumulatif dalam organisma dan menyebabkan perubahan dalam metabolisma dan pH badan (Renault et al. 1999). Kehilangan keseimbangan, sawan, koma dan bahkan kematian boleh berlaku pada paras NH 4 + yang terlampau tinggi. Aras NH 4 + yang meningkat dalam darah pula adalah tanda jelas akan keabnormalan homeostasis nitrogen yang berhubung dengan ketidakfungsian hati dan membantut fungsi otak (Pranaityte et al. 2007). Paras kandungan ion NH 4 + yang dibenarkan dalam sumber air minuman, air sungai dan air kumbahan seperti yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) adalah masing-masingnya 0.5 mg/L, 1.5 mg/L dan 20.0 mg/L (Legua et al. 2006).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=