SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
65 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan Kaedah Pengesanan Ion NH 4 + Menggunakan Bahan Biologi dan Reagen Kimia Pelbagai kaedah telah dilaporkan dalam pemantauan NH 3 atau NH 4 + di persekitaran akueus seperti spektrofotometri sistem aliran, spektrofotometri pengekstrakan pelarut, potensiometri, amperometri, analisis penyuntikan alir dengan fluorometri, analisis kolometri berterusan dan fluorometri. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah ini sama ada mengambil masa yang panjang atau memerlukan langkah penyediaan yang sukar. NH 4 + dalam air persekitaran lazimnya ditentukan dengan kaedah spektrofotometri indofenol biru. Tetapi, kaedah tersebut mempunyai beberapa kekurangan seperti kinetik tindak balas yang rendah dan tindak balas kimia yang tak berbalik. Mori et al. (2003) menghuraikan kaedah kromatografi ion yang peka dan pantas untuk menentukan ion NH 4 + dalam air sungai. Walau bagaimanapun, pemisahan garis dasar NH 4 + daripada ion logam bumi alkali dan ion logam alkali dalam sampel air tidak dapat diperoleh. Kaedah potensiometri dalam pengukuran ion NH 4 + yang biasanya melibatkan elektrod selektif berasaskan nonaktin didapati mengalami gangguan ion terutamanya daripada ion K + dan Na + (Deyhimi & Choobar 2005). Dalam kajian ini, kaedah sensor kimia optik untuk penentuan NH 3 atau NH 4 + berdasarkan pengukuran pantulan dibangunkan berdasarkan berubahan warna yang berlaku akibat daripada tindak balas kimia. Kaedah ini adalah sesuai untuk penentuan jumlah kepekatan ion NH 4 + (Trinkel et al. 1996). Pembangunan Sensor Kimia Optik Berasaskan Pantulan Spektrum serapan tiga dimensi bagi kompleks [Co(NH 3 ) 6 ] 2+ pada julat panjang gelombang 200-600 nm dan spektrum kepantulan ion Co 2+ terpegun pada Dowex HCR-W2 sebelum dan selepas bertindak balas dengan NH 3 ditunjukkan dalam Rajah 4.25. Sensor kimia optik NH 3 yang dibangunkan berasaskan pemegunan ion Co 2+ pada Dowex HCR-W2 menghasilkan kompleks heksaamminakobalt(II) ([Co(NH 3 ) 6 ] 2+ ) yang berwarna biru pada pH 13. Perbezaan kepantulan maksimum antara kedua-dua spektrum kepantulan ion Co 2+ terpegun sebelum dan selepas bertindak balas dengan NH 3 didapati berlaku
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=