SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 66 pada panjang gelombang 756 nm. Secara amnya, ion Co 2+ terpegun adalah amat stabil (RSD 0.6 %) walaupun disimpan pada suhu bilik dalam keadaan bercahaya untuk jangka masa yang agak panjang selama 30 hari. Sensor NH 3 ini memberi rangsangan dalam masa 6 minit dan rangsangan linear terhadap NH 3 dalam julat 60-290mM dengan LOD sebanyak 16 mM. Ion Co 2+ terpegun dengan NH 3 mempunyai kebolehulangan yang tinggi (RSD 5.4-5.9 %) dan rangsangan sensor juga boleh digunakan semula (RSD 3.6-5.0 %) selepas proses penjanaan semula dilakukan dengan larutan penimbal pH 1. Kajian kesan gangguan ion menunjukkan kesan gangguan yang rendah daripada ion Na + , K + , Mg 2+ , Ca + dan SO 4 2- . Kesan gangguan yang signifikan hanya diperhatikan daripada ion Fe 3+ . Sensor kimia optik NH 3 juga telah memberi keputusan yang setanding dengan keputusan yang diperoleh dengan kaedah asidimetri. Reagen Riegler telah menunjukkan potensi yang sangat baik untuk digunakan sebagai reagen untuk penentuan ion NH 4 + (Rajah 4.26). Apabila dipegunkan di atas penyokong XAD-7, sensor kimia optik NH 4 + yang dibangunkan didapati amat stabil berbanding dengan reagen Riegler dalam keadaan akueus dengan nilai RSD sebanyak 0.8 % yang diperoleh untuk kajian jangka hayat reagen Riegler terpegun selama 30 hari dalam suhu bilik. Perubahan warna Riegler terpegun selepas bertindak balas dengan ion NH 4 + didapati menyerupai reagen dalam larutan. Riegler terpegun memberi rangsangan terhadap ion NH 4 + dalam masa 2 minit dan rangsangan linear terhadap kepekatan ion NH 4 + dalam julat 0.59-5.87 mM dengan had pengesanan (LOD) sebanyak 0.46 mM. Riegler terpegun dengan ion NH 4 + mempunyai kebolehulangan yang tinggi (RSD 4.2-5.7 %) dan rangsangan sensor boleh diguna semula (RSD 0.9-1.0 %) selepas penjanaan semula dengan larutan penimbal pH 1. Kajian kesan gangguan ion menunjukkan kesan gangguan yang signifikan hanya diperhatikan daripada ion Fe 3+ . Sensor ini telah digunakan dalam penentuan kepekatan ion NH 4 + dalam sampel air sungai dan keputusan yang diperoleh adalah setanding dengan keputusan yang diperoleh dengan kaedah asidimetri.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=