SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
69 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan makanan dan masakan seperti kuah sup sebagai penyedap rasa kerana mempunyai rasa yang unik dikenali sebagai umami (Bellisle 1999). Dos kelazatan optimum MSG adalah sekitar 0.2 – 0.8 % dengan dos kelazatan terbanyak yang boleh dirasai oleh manusia adalah sekitar 60 mg/kg berat badan (Walker & Lupien 2000). Rajah 4.27 Struktur kimia molekul MSG Asid glutamik juga adalah sejenis asid amino semula jadi yang terkandung di dalam badan manusia. Asid glutamik merupakan penstransmisi neuron utama bagi pusat sistem saraf. Pengambilan MSG tanpa dikawal boleh menyebabkan sel saraf terganggu dan mengakibatkan gejala seperti rasa kebas, sakit kepala, lemah badan dan degupan jantung kencang (FASEB 1995). Manakala, keadaan luar biasa metabolisma endogen glutamat mempunyai perkaitan yang rapat dengan penyakit saraf seperti Azheimer’s, Huntington’s Chorea dan Amiotropik lateral sklerosis (Raiten et al. 1995). Oleh sebab itu, pengambilan MSG ini harus dikawal terutama kepada golongan kanak-kanak. Di Malaysia tiada had penggunaan ke atas MSG ditentukan. Walau bagaimanapun, mengikut Akta Makanan dan Peraturan- Peraturan (Akta 281), penambah perisa MSG hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 99 % garam mononatrium yang dihitung atas asas tanpa air dan hanya diperoleh daripada sumber sayur-sayuran (Undang-undang Malaysia 2007). Di Eropah, mengikut peraturan European Commission (95/2/CE) (1995), penambah perisa yang dibenarkan hanyalah 10 g/kg bagi jumlah keseluruhan L-glutamat yang digunakan di dalam produk makanan dan bagi makanan bayi penambah perisa tidak dibenarkan sama sekali (Populin et al. 2007).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=