SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

PENGHARGAAN D engan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Baginda Rasulullah SAW. Penulis sekadar ingin mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan syukur atas kelahiran buku kecil ini yang merupakan intisari kepada kerja penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh penulis lebih dari tiga dekad yang lalu sejak penulis memulakan kerjaya sebagai seorang kakitangan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebagai “ peneroka ” dalam penyelidikan bidang sensor kimia optik, tentunya banyak laluan berliku yang telah dirintis sehingga menjadikan Malaysia antara negara yang “ dihormati ” dalam bidang penyelidikan sensor kimia dan biosensor. Sensor kimia optik adalah merupakan subset daripadanya. Alhamdulillah sehingga kini penulis telah menghasilkan lebih 200 penulisan dalam bentuk artikel jurnal, buku, bab dalam buku dan prosiding dalam bidang kajian. Moga inisiatif kecil ini dapat menyumbang kepada pengkayaan khazanah ilmu dalam bidang sensor kimia walaupun mungkin tidak signifikan. Projek penyelidikan di universiti tidak semarak tanpa penglibatan secara aktif pelajar siswazah. Dalam memperkembangkan penyelidikan dalam bidang sensor kimia optik ini, peranan pelajar siswazah sama ada dari dalam dan luar negara adalah dominan. Justeru, penulis ingin merakamkan apresiasi kepada semua sumbangan mereka. Sehingga kini, penulis telah menyelia dengan jayanya lebih daripada 25 orang pelajar PhD dan 30 orang sarjana. Sebahagian besar daripada mereka kini menjadi kakitangan akademik di pelbagai universiti awam dan swasta serta institutusi penyelidikan, malah ada yang telah bergelar

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=