SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
73 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan bidang industri iaitu pembuatan plastik, pigmen, gam, kosmetik, tekstil, pembaik tanah ( soil conditioner ), petroleum, pemprosesan bijih, gel elektroforesis dan pengikat simen. Selain itu, poliakrilamida juga digunakan sebagai agen penggumpal dalam rawatan air buangan dan kumbahan (Wenzl, de la Calle & Anklam 2003). Sumber pencemaran akrilamida di alam sekitar terdiri daripada akrilamida yang terperangkap dalam poliakrilamida, akrilamida yang terhasil melalui penyahpolimeran rantaian poliakrilamida daripada tanah dan pembungkus makanan, akrilamida terbentuk daripada transfomasi akrilonitril oleh pemangkin-enzim mikrob serta akrilamida daripada asap rokok (Friedman 2003). Proses penyahpolimeran poliakrilamida bergantung kepada keadaan persekitaran luar, haba, cahaya tetapi tidak kepada pH (Smith, E.A., Prues & Oehme 1996). Dalam alam sekitar, poliakrilamida akan terurai kepada akrilamida dalam masa separuh hayat dari mingguan hingga bulanan dalam keadaan akueus (Mohd Arif et al. 2012). Pada tahun 2002, National Food Authority di Sweden bersama penyelidik daripada University of Stockholm telah melaporkan bahawa kandungan akrilamida yang tinggi telah ditemui dalam sesetengah makanan pemprosesan berhaba (Tareke et al. 2002). Penemuan ini telah menarik perhatian seluruh dunia kerana Agensi Antarabangsa Kaji Selidik Kanser (IARC 1994) telah mengkelaskan akrilamida dalam kumpulan 2A iaitu “kemungkinan karsinogen terhadap manusia” pada tahun 1994. Pendedahan akrilamida dalam tempoh yang lama akan membawa kerosakan kepada sistem saraf periferal pusat. Tareke et al. (2002) telah membuktikan bahawa akrilamida pada kepekatan yang agak tinggi telah ditemui dalam makanan komersial terproses haba danmakanan yang dimasak pada suhu tinggi terutamanya dalam makanan yang kaya dengan karbohidrat. Asparagina merupakan prakursor terpenting yang terlibat dalam penghasilan akrilamida. Asparagina bertindak balas dengan gula penurun yang dikenali sebagai tindak balas Maillard yang merupakan mekanisme dalam pembentukan akrilamida. Tindak balas Maillard merupakan laluan utama dalam pembentukan akrilamida dalammakanan.Dalam tindak balasMaillard, asparagina merupakan prakursor yang paling utama, dan ia dibuktikan terlibat dalam pembentukan rantaian tulang belakang akrilamida. Rajah 4.31 menunjukkan bahawa laluan utama semasa pembentukan akrilamida bermula dengan asparagina.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=