SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

75 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan akrilamida tertinggi terhasil apabila suhu pemprosesan makanan mencecah 120 °C. Teknik pemprosesan makanan yang menghasilkan kandungan akrilamida yang tinggi ialah menggoreng, membakar dan memanggang. Secara umumnya, akrilamida dihasil melalui proses haba yang berkaitan dengan suhu semasa pemprosesan. Akrilamida tidak terhasil dalam makanan berkukus atau rebus serta makanan yang tidak digoreng (Wang, H. et al. 2008). Kajian jangkaan purata pengambilan akrilamida untuk rakyat Malaysia telah dilaporkan sebanyak 1.2 µg/kg berat badan (Daniali et al. 2010). Produk hasilan tumbuhan seperti bijiran dan ubi merupakan makanan yang banyak mengandungi akrilamida tetapi bahan ini tidak dijumpai dalam makanan bersumberkan haiwan seperti ayam, daging serta ikan (Friedman 2003). Lapan jenis makanan yang dikenal pasti mengandungi akrilamida yang tinggi ialah kentang goreng, kentang panggang, kerepek ubi, bijiran sarapan, biskut, kopi, roti bakar, pai dan kek (Castle & Eriksson 2005). Makanan ringan seperti kerepek, tahap akrilamida boleh mencecah sehingga kepekatan 10 000 µg/kg (Castle & Eriksson 2005). Kepekatan akrilamida yang ditemui dalam makanan adalah jauh lebih tinggi daripada had kepekatan akrilamida dalam air minuman iaitu 0.5 µg/kg yang ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA 2010) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO 2008). Keperluan Analisis Kuantitatif untuk Penentuan Kepekatan Akrilamida Semenjak akrilamida ditemui dalam makanan pada tahun 2002 oleh penyelidik dari University of Stockholm, pelbagai jenis makanan telah dianalisis di seluruh dunia untuk penentuan kandungan bahan ini (Wenzl, de la Calle & Anklam 2003). Tetapi, sehingga kini, kaedah rasmi untuk menentukan kuantiti akrilamida dalam makanan masih belum dimuktamadkan. Maka, pelbagai penyelidikan telah dilakukan bertujuan untuk validasi kaedah analisis untuk mengesan dan mengukur kepekatan sebatian ini. Penyelidikan terkini lebih difokuskan kepada pembaikan kaedah yang sedia ada supaya menjadi lebih novel dari segi kepantasan analisis, ringkas, murah, keberkesanan, selamat dan lebih dipercayai (Oracz, Nebesny & Żyżelewicz 2011).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=