SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 76 Pengesanan dan pengukuran kandungan akrilamida dalam pelbagai sampel makanan telah dilaporkan menggunakan kaedah kromatografi sebagai kaedah pengesanan piawai seperti kromatografi cecair (LC) dan kromatografi gas (GC) (Zhang, Y., Zhang & Zhang 2005). Selain itu, kaedah elektroforesis kapilari juga merupakan kaedah yang berkesan dalam pengesanan akrilamida. Manakala dalam aspek kaedah bioanalisis pula, ujian immonoenzimatik dan biosensor dikelaskan sebagai kaedah yang peka dan selektif dalam analisis kualitatif dan kuantitatif akrilamida (Hu, Q. et al. 2014). Analisis kuantitatif untuk penentuan akrilamida dalam makanan amat sukar kerana akrilamida mempunyai jisim molekul yang rendah, kekutuban yang tinggi, kelarutan air yang baik, reaktiviti yang tinggi serta kemeruapan yang rendah. Selain itu, konjugatan molekul akrilamida yang rendah menyebabkan akrilamida kekurangan elektron-π dan kromofor yang cukup untuk membolehkannya dikesan dengan kaedah spektrofotometrik (Castle & Eriksson 2005). Matriks sampel akrilamida yang kompleks, serta kehadiran bahan penganggu yang tinggi merupakan cabaran dalam analisis kuantitatif untuk penentuan kepekatan akrilamida. Pembangunan Sensor Kimia Optik Akrilamida Menggunakan Reagen Nessler Terpegun atas Mikrosfera nBA -ko-HEMA Teknik analisis secara konvensional untuk analisis akrilamida lebih tumpu kepada kaedah kromatografi seperti kaedah kromatografi gas berserta spektrometer jisim (GC-MS), kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) berserta MS (Wenzl, de la Calle & Anklam 2003). Namum, kaedah analisis ini adalah mahal dan memakan masa yang panjang.Oleh itu, dengan penerokai kaedah yang baru dan lebih mudah dalam pengesanan serta pengukuran akrilamida agar dapat membantu dalam bidang penyelidikan, justeru dapat meningkatkan keselamatan makanan. Bidang sensor mungkin merupakan penyelesaian cabaran dalam pengesanan akrilamida. Kelebihan sensor seperti pengecilan saiz, analisis yang pantas dan mudah, kepekaan dan selektiviti yang tinggi (Van Dorst et al. 2010).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=