SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 78 Rajah 4.33 Spektrum pantulan permukaan jalur sensor pada reagen Nessler yang terpegun atas mikrosfera n BA-ko-HEMA sebelum (garis merah) dan selepas (garis biru) larutan akrilamida 10 ppm terhidrolisis ditambah (atas) dan julat dinamik untuk keamatan pantulan kompleks dalam kepekatan akrilamida yang berbeza (bawah). Peningkatan kepekatan akrilamida didapati akan turut meningkatkan perbezaan keamatan pantulan kompleks terhasil. Kepekatan akrilamida yang tinggi dijangka meningkatkan kepekatan ammonia terbebas. Ini menyebabkan, semakin banyak kompleks terbentuk dan seterusnya meningkatkan keamatan warna kompleks yang dihasilkan. Sensor ini memberi rangsangan dinamik daripada 0.75-20.00 ppm akrilamida dengan had pengesanan 0.68 ppm. larutan akrilamida ditambah, kompleks kuning raksa (II) amido-iodin terbentuk di permukaan, justeru menurunkan keamatan spektrum. Diperhatikan bahawa perbezaan pantulan paling ketara berlaku pada panjang gelombang 490 nm, seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.2. Maka panjang gelombang ini dipilih dan digunakan dalam ujikaji seterusnya. Rajah 5.2 Spektrum pantulan permukaan jalur sensor pada reagen Nessler yang terpegun atas mikrosfera n BA-ko-HEMA sebelum (garis merah) dan selepas (garis biru) larutan akrilamida 10 ppm terhidrolisis ditambah. Panjang Gelombang (nm) Kepantulan sebelum selepas
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=