SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 80 Garam Al(III) seperti aluminium sulfat dan polialuminium klorida sering digunakan sebagai agen penggumpalan semasa proses rawatan air. Kebanyakkan agen penggumpalan yang digunakan akan disingkirkan sepenuhnya semasa proses pengentalan air, namun sedikit kandungan Al(III) mungkin akan terlepas ke dalam saluran air terawat (Srinivasan et al. 1999). Kaedah Pengesanan Konvensional Ion Al (III) Kaedah lazim yang digunakan untuk analisis kuantitatif ion Al(III) adalah Spektroskopi Serapan Atom menggunakan sumber pengujaan relau grafit (GFAAS) (Narin et al. 2004) dan plasma induktif gandingan (ICP) (Pollizzi et al. 2000) kerana kebolehan kaedah ini untuk mencapai tahap pengesanan ppb. Selain daripada itu, kaedah kromatografi cecair (Lian et al. 2004), voltametri (Balbo et al. 1998), potentiometri (Arvand et al. 2010) dan HPLC (Ryan &Meaney 1992) pernah juga digunakan bagi penentuan ion Al(III) di dalam sampel air industri, perubatan dan alam sekitar. Bagi kaedah spektrofotometri, proses penentuan ion Al(III) adalah berasaskan kepada penggunaan reagen yang boleh membentuk sebatian bewarna apabila bertindak balas dengan Al(III). Reagen yang sering digunakan dalam penentuan ion Al(III) ialah eriokrom sianin R (ESR) (Zanjanchi et al. 2006), krom azurol S (KAS) (Vanloot et al. 2007) dan pirokatekol violet (PV) (Wauer et al. 2004). Penentuan ion Al(III) menggunakan kaedah spektrofluorimetri pula adalah berdasarkan kepada pengukuran cahaya pendarfluor yang dipancarkan oleh reagen yang mengalami keadaan pengujaan pada panjang gelombang tertentu apabila ditindakbalaskan dengan Al(III) (Lakowicz 1999). Menurut Wofbeis (1985), kaedah ini adalah lebih peka berbanding kaedah spektrofotometri. Antara reagen yang sering digunakan dalam penentuan ion Al(III) secara spektrofluorimetri ialah lumogallion (LMG) (Ren et al. 2001; Zhou et al. 1995), morin (Al-Kindy et al. 2002), asid kromotropik (Reyes et al. 2005) dan 8-hidroksikuinolin-5- sulfonik asid (8HQS) (Brach-Papa et al. 2002).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=