SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
81 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan Pembangunan Sensor Optik Ion Al (III) Penggunaan gentian optik dalam pembinaan sensor kimia Al (III) adalah didorong oleh kelebihan yang dimiliki oleh gentian optik seperti bebas daripada gangguan elektrik dan mampu membawa isyarat optik pada jarak yang jauh. Bagi tujuan pengesanan ion logam, skema pengesanan yang digunakan adalah berasaskan kepada perubahan sifat intrinsik optik analit, pengesanan berasaskan kromogen dan fluorogen, pengesanan berasaskan pelindapan pendarfluor dan pengesanan berasaskan ionofor. Bahan sensor yang sesuai akan memastikan sensor kimia optik yang dibina mempunyai sifat pengoperasian yang optimum terutamanya daripada segi kepekaan dan kepilihan sensor tersebut. Kebanyakan sensor Al(III) optik yang telah dilaporkan di dalam literatur setakat ini adalah berasaskan prinsip pendarfluor dan pantulan. Bagi sensor Al(III) optik berasaskan prinsip pendarfluor, fluorogen yang digunakan adalah seperti morin, 8HQS, LMG dan purpurin. Pembinaan sensor Al(III) optik dalam kajian ini akan menggunakan skema pengesanan berasaskan kromogen dan fluorogen menggunakan membran inklusi polimer (PIMs) yang akan melibatkan proses ko- pengekstrakan dan pertukaran ion masing-masing bagi pengekstrak Triton X-100 dan Aliquat 336. Rajah 4.34 menunjukkan bagaimana kompleks ternari untuk Al(III) terbentuk menggunakan kromogen eriokrom sianin R (ESR) dan Aliquat 336, yang membolehkan ia digunakan untuk analisis kuantitatif Al(III). Rajah 4.34 Tindak balas pembentukan kompleks ternari antara ESR- Al(III)-Aliquat 336 (Sumber: Pramauro & Pelizzeti 1996)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=