SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia 82 PIMs dihasilkan oleh campuran bahan yang terdiri daripada penyokong polimer, pengekstrak dan pemplastik. Penyokong polimer berperanan untuk menyediakan penyokong dan tapak kepada pembentukan membran. Pengekstrak berfungsi untuk membantu pergerakan iondi dalammembranmanakala pemplastikpula berperanan mengurangkan daya intramolekul antara kumpulan polar yang hadir di dalam membran selain daripada turut memberikan kekuatan fizikal kepada PIMs. Membran yang terhasil daripada percampuran penyokong polimer, pengekstrak dan pemplastik pada kebiasaannya akan menghasilkan membran yang nipis, fleksibel dan stabil. Secara amnya, PIMs mempunyai kelebihan berbanding membran cecair yang lain kerana proses penyediaannya yang mudah, penggunaan bahan kimia berbahaya yang minimum, pengawalan komposisi membran yang fleksibel serta mempunyai kepilihan dan kestabilan membran yang tinggi (Faiz & Musa 2017). Rajah 4.35 turut menunjukkan bahawa keamatan pendarfluor bagi sensor menggunakan PIMs yang bertindak balas dengan Al(III) adalah hampir lima kali lebih tinggi berbanding dengan spektrum pendarfluor bagi sensor bukan PIMs. Peningkatan keamatan pendarfluor untuk sensor ini adalah didorong oleh interaksi elektrostatik antara reagen morin tersulfonat (NaMSA dengan Aliquat 336), selain daripada kesan keterlarutan yang disumbang oleh Aliquat 336 itu sendiri. Pemerhatian yang sama pernah dilaporkan oleh Sanz-Medel et al. (1985) dalam kajian mereka mengenai kesan keterlarutan surfaktan terhadap tindak balas antara ligan dengan ion logam di dalam larutan akueus. Mereka mendapati surfaktan kationik lebih cenderung untuk membentuk struktur yang tegar disebabkan kehadiran cas positif terutamanya pada kumpulan ammonium kuaternari. Dalam kajian ini, keupayaan penjanaan semula sensor turut dilakukan dengan mencelupkan sensor ke dalam larutan Al(III) 5.00 × 10 -5 mol L -1 dan larutan F - 0.5 mol L -1 secara berulang. Daripada Rajah 4.36 (kiri) dapat diperhatikan bahawa sensor ini berupaya untuk digunakan semula dengan purata masa penjanaan semula sensor selama 5 minit. Nilai RSD kebolehasilan sensor dihitung selepas lima kali pengukuran menggunakan sensor yang sama. Nilai RSD kebolehasilan sensor yang diperoleh ialah 4.25 %.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=