SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

83 Prototaip Sensor Kimia Optik yang Telah Dibangunkan Rajah 4.35 Spektrum pengujaan dan pendarfluor (a) sensor bukan PIMs (mengandungi PVC: DOP: NaMSA) dengan kehadiran Al(III) dan (b) sensor menggunakan PIMs (mengandungi PVC: Aliquat 336: NaMSA) dengan kehadiran Al(III). Keadaan eksperimen: [Al(III)] = 5.00 × 10 -5 mol L -1 , [NaMSA] = 8.00 × 10 -4 mol L -1 ; pH = 5.0 (Faiz 2014) Rajah 4.36 Rangsangan pendarfluor sensor (kiri) pada panjang gelombang 512 nm apabila dijana semula dan julat dinamik Al(III) (kanan) yang memberikan rangsangan sensor yang linear pada panjang gelombang 512 nm dan pH 5.0 Seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.36 (kanan) rangsangan linear sensor diperoleh dalam julat log [Al(III)] - 1.87 hingga 0.21 yang bersamaan dengan julat kepekatan Al(III) 5.19 × 10 -7 - 6.00 × 10 -5 mol L -1 . Hasil kajian menunjukkan penggunaan PIMs telah memberi kesan yang positif kepada prestasi sensor Al(III) optik yang telah dibina. Keamatan (a.u)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=