SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK

PENUTUP P rototaip yang dibangunkan melalui penyelidikan sensor kimia optik merupakan satu alternatif yang lebih praktikal kepada kaedah analisis kimia konvensional sedia ada. Antara faktor yang menyumbang kepada kaedah ini adalah kerana kos analisis yang lebih murah, tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi untuk melakukan analisis, saiz prototaip yang lebih kecil dan analisis dapat dilakukan secara insitu pada masa sebenar. Dengan kemajuan dalam bidang kejuruteraan elektronik dan juga sains bahan, di samping penggunaan kecerdasan tiruan (artificial intelligence) seperti JNT adalah dijangkakan bahawa masa depan penyelidikan ini akan lebih baik dan relevan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=